Tuesday 11 October 2011

Ku Sanjungi Kejujuran Mu



Terima kasih wahai teman
Di atas kejujuran yang kau berikan
Tatkala aku amat memerlukan
Dalam mencari sebuah pengharapan

Jujur mu dalam berkata
Mencelikkan mata ku yang telah lama buta
Dek kerana melayan perasaan ku semata
Jujur mu itu bagi ku teramatlah bermakna

Seringkali hati ku terluka
Angkara helah, tipu daya manusia tiada berjiwa
Kau ungkapkan kejujuran mu segala
Meleraikan persoalan yang bermain di minda

Walau itu ku anggap suatu jawapan
Yang mungkin telah lama kau simpan
Yang mungkin juga akan kau berikan
Bila sampai waktu yang bertepatan

Jika itu satu kejujuran dari mu
Pasti ku redha di hati ku yang satu
Akan ku simpan segala kata-kata mu
Walau rindu ku untuk mu datang bertamu


Sayangi diri, hiasi peribadi...(chenta alan)


No comments:

Post a Comment